Jangan bertangguh ambil Takaful

Tahun lepas ada seorang lelaki ni WhatsApp saya untuk medical card. Tapi beliau kata nanti dulu, tunggu tahun depan sebab belum sedia katanya.

Tengahari tadi, beliau WhatsApp saya semula untuk sign up medical card. Tapi masalahnya, beliau baru lepas accident dan kaki masuk besi. Beliau kata beliau kena bayar RM3K untuk masuk besi tu walaupun hospital kerajaan. Jenuh juga nak cari RM3K tu katanya bila musim ekonomi tak berapa ok sekarang ni. Tu baru RM3K. Kalau puluhan ribu macam mana pulak kan 😭

Bila dah ada history penyakit atau kemalangan macam ni, sejujurnya payah nak jumpa pelan takaful yang boleh cover semua macam orang sihat. Selalunya pihak takaful takkan cover langsung kaki yang masuk besi tu. Dan memang kena layan macam-macam syarat takaful seperti sediakan medical report, jalani medical check-up dan lain-lain. Leceh kan. Ya. Client susah, ejen pun pening juga😢

Sebab tu, saya selalu pesan, kalau dah faham dan dah nampak betapa pentingnya takaful medical card dan takaful income replacement, silalah buat cepat-cepat. Dalam sebulan pun macam-macam boleh jadi. Apatah lagi kalau setahun atau bertahun-tahun.

Jangan kumpul penyakit sebelum sign up apa-apa takaful. Rugi sangat. Medical card ni banyak ‘pantang larang’. Ada tempoh matang yang dah ditetapkan iaitu bila boleh start guna untuk sekian-sekian penyakit. Bukan boleh terus guna ya. Apatah lagi kalau nak guna untuk sakit sedia ada. Memang tak boleh.

Kita memang rasa takaful ni ‘mahal’. Sampailah kita tengok berapa harga kos rawatan yang kita perlu tanggung. Yang pada masa tu, kita takde pilihan lain dah pun selain bayar je dengan apa yang ada, pinjam je dengan siapa-siapa yang nak bagi pinjam.

Jika anda dah nampak kepentingan Takaful, jangan bertangguh. Klik disini http://wasap.my/60174563787/NakPelanMedCard

Kredit – Norsaidah Abdullah

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#takaful

Dua cara memilih pelan Takaful.

Yang pertamanya adalah berdasarkan bajet. Bagi yang bajetnya terbatas, cara ini adalah cara yang lebih baik.

Kebiasaannya, saya akan tanya berapa bajet prospek sebelum membuat apa-apa tawaran pelan. Kaedah sebegini adalah menjimatkan masa dan mudah.

Tetapi, dikhuatiri klien tidak akan mempunyai perlindungan yang mencukupi. Fungsi Takaful dalam kewangan juga tidak dapat difahami.

Bila fungsi Takaful tidak dapat difahami, sijil Takaful yang dilanggan klien susah nak bertahan lama.

Yang kedua adalah berdasarkan keperluan. Jarang prospek datang bertanya,”Boleh ke saya dapatkan Takaful Hibah pampasan RM sekian-sekian. Cukup untuk 10 tahun penggantian pendapatan saya.”

Ataupun, “Saya nak langgan Medical Card, limit tinggi dan tiada limit tahunan ya. Sebab saya nak pakai lama.”

Prospek sebegini adalah sangat berkualiti. Fungsi Takaful sudah difahami, bajet pun sudah diketepi.

Kesimpulannya, jika anda bertanya yang mana lagi bagus, saya lebih berat kepada yang kedua. Keperluan klien dapat dipenuhi, diri sendiri pun puas hati.

Apa-apa pun bergantung kepada bajet juga. Rule of thumbnya, jangan lebih 10% daripada pendapatan.

Bagi yang sedang mencari pelan Takaful, tidak kiralah anda nak guna cara yang pertama atau kedua, boleh PM saya – http://wasap.my/60174563787/NakPelanTakaful

Dapat sesuatu?

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)