Pentingnya anda review Pelan Perlindungan sedia ada.

Rupanya ramai juga yang tak tahu atau tak ambil tahu perlindungan apa diambil. Sampailah masa nak guna, baru tahu.

Ramai yang cuma ambil sahaja apa yang ditawarkan. Tak pasti berapa sebenarnya yang diperlukan. Bila ditanya, katanya perlindungannya lengkap, semua ada.

Bila review, rupanya insurans, rupanya hanya cover ‘personal accident’, rupanya tempoh perlindungan pendek.

Bila kita review pelan perlindungan sedia ada, kita nak pastikan jumlah perlindungan mencukupi dan tidak terlampau tinggi agar bayaran bulanan tidak ‘makan’ banyak daripada aliran tunai.

Lebih baik ambil perlindungan yang mencukupi dengan bayaran yang lebih murah. Lebihan tunai kita gunakan untuk melabur dan capai matlamat kewangan yang lain.

Disini ada sedikit panduan tentang perlindungan yang sepatutnya kita ada:

1) Hutang piutang. Sediakan perlindungan yang cukup untuk cover hutang rumah sebagai contoh, agar tidak membebankan waris ketika ‘pemergian’ kita.

2) Tanggungan keluarga. Sediakan perlindungan yang cukup untuk menampung belanja harian keluarga sekurang-kurangnya setahun ketika ‘pemergian’ kita.

3) Perlindungan cacat kekal. Sediakan perlindungan yang cukup supaya anda dapat menampung belanja keluarga ketika anda tidak lagi mampu untuk bekerja. Sekurang-kurangnya sehingga umur persaraan.

4) Perlindungan sakit kritikal. Sediakan perlindungan yang cukup supaya anda ada pilihan untuk mendapatkan rawatan terbaik ataupun ambil cuti (Sabbatical Leave) untuk anda menjalani proses pemulihan.

5) Elaun hospital supaya anda ada pilihan untuk terus mendapatkan rawatan tanpa risaukan pendapatan untuk menampung keluarga.

Dapat sesuatu?

Jika anda berminat untuk review pelan Takaful anda, boleh klik disini – http://wasap.my/60174563787/NakReviewTakaful

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#takaful
#financialplanning

Build Your Career with TSI!

Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, TSI kekal aktif merekrut ejen-ejen baru untuk berkhidmat dalam bidang kewangan seperti kami, terutamanya takaful.

Dengan mengekalkan nilai-nilai TSI yang diterapkan oleh Prinsipal TSI, Tuan Alwi Adam dalam setiap program kami, recruitment gaya TSI tak pernah sama dengan mana-mana agensi takaful yang wujud di Malaysia.

Inilah yang membawa agensi takaful di bawah naungan TSI menjadi Champion kategori Nationwide Top Recruiter pada tahun lepas!

Seawal sesi ‘Build Your Career’ lagi, kami tunjukkan jalan dan kongsikan tips untuk membina kerjaya yang stabil dalam bidang kewangan kepada bakal advisors.

Tetapi AWAS! Bakal ejen yang menyertai TSI tidak akan menjadi ejen takaful sahaja selama-lamanya.

Kami akan tunjukkan 21 sumber pendapatan yang boleh anda terokai apabila anda buat keputusan untuk menyertai TSI Group sebagai advisor dalam sesi ‘Build Your Career’ yang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 19 Mac 2022 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat: Zoom (Online)

Daftar hadir di sini:

https://bit.ly/3vSWTk1

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#SyoknyaBersamaTSI
#BuildYourCareerWithTSI
#TSIMiniBYC