Siapa Penulis

Pada bulan Oktober tahun 2019, saya telah membuat keputusan untuk menghadiri kursus Perancang Kewangan Islam (IFP), yang dianjurkan oleh beberapa orang pensyarah daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursus ini adalah kolaborasi antara Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) bagi memberikan latihan dan pensijilan kepada individu yang berminat untuk mempelajari asas-asas dalam merancang kewangan dan membina kerjaya dalam bidang kewangan. Dari sudut lain, Kursus ini merupakan salah satu cara untuk pihak USIM meningkatkan tahap kebolehpasaran graduannya.

Sebelum menghadiri kursus ini, saya tidak tahu langsung berkenaan bidang kewangan. Setelah seminggu menghadiri kursus tersebut, Alhamdulillah saya lulus peperiksaan kursus tersebut dan telah diberi sijil dalam bidang perancang kewangan Islam. Kursus ini telah membuka minda saya dalam bidang ini terutamanya berkenaan kesedaran pengurusan kewangan dan merupakan titik permulaan perjalanan saya dalam bidang ini.

Saya amatlah kurang kesedaran berkenaan kepentingan ilmu-ilmu kewangan ini, maklumlah, seorang pelajar universiti yang baru sahaja graduasi. Pada kebiasaannya seseorang pelajar tidak mempunyai apa-apa yang perlu dirisaukan dari segi kewangan, mereka hanya bergantung kepada bantuan kewangan daripada ibubapa, biasiswa ataupun pinjaman PTPTN untuk berbelanja. Pada pendapat saya, ini merupakan salah satu sebab kenapa kebanyakkan pelajar kurang kesedaran kewangan. Mereka hanya menunggu duit masuk sahaja, dan tidak perlu memikirkan cara untuk mendapatkan dan menguruskan duit yang telah diperolehi. Tidak dinafikan ada sebahagian pelajar yang telah mula bekerja secara sambilan untuk menimba pengalaman sekaligus mendapat sedikit ‘duit tepi’.

Berbalik kepada topik asal, setelah saya berjaya memperolehi sijil IFP tersebut, saya perlu mendaftarkan diri saya sebagai ahli aktif dalam Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM), bagi meneruskan kerjaya di dalam bidang ini. Terdapat dua persatuan perancang kewangan yang menyediakan kursus pensijilan bagi mereka yang berminat untuk memulakan kerjaya dalam bidang ini.

Saya : Baris ketiga, lelaki sebelah kanan berbaju biru.

Financial Planning Association Malaysia (FPAM) – sijil Certified Financial Planner (CFP) dan Islamic Financial Planner (IFP).

Malaysia Financial Planning Council (MFPC) – sijil Registered Financial Planner (RFP) dan Shariah Registered Financial Planner (ShRFP).

Beza antara CFP dan IFP adalah, pemegang sijil CFP hanya boleh mengendali dan memasarkan produk konvensional sahaja. Begitu juga beza antara RFP dan ShRFP. Kedua persatuan ini mengendalikan kursus-kursus berbayar yang boleh dihadiri oleh para ahli untuk meningkatkan kecekapan ketika berurusan dengan klien. Selain itu, berita-berita kewangan terkini disediakan secara percuma kepada ahli.

Setelah menjadi ahli aktif dalam persatuan tersebut, saya boleh memohon lesen sebagai Perancang Kewangan Berlesen (FPR) dan Penasihat Kewangan Berlesen (FAR) melalui mana-mana Syarikat Perancangan Kewangan dan saya telah memilih untuk memohon lesen melalui syarikat Phillip Wealth Planners Sdn. Bhd. Lesen Financial Planning Representative (FPR) adalah dibawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC), manakala lesen Financial Advisor Representative (FAR) adalah dibawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Seseorang FPR boleh membantu klien untuk merangka pelan kewangan secara menyeluruh ataupun secara modular, disamping menawarkan produk-produk pelaburan. Bagi seseorang FAR pula, mereka boleh membantu klien untuk memberi nasihat berkenaan produk-produk takaful ataupun insurans. Kelebihan seorang FPR dan FAR berbanding ejen produk kewangan adalah FPR dan FAR mewakili klien manakala ejen produk kewangan mewakili syarikat. Jadi FPR dan FAR akan dapat memberikan nasihat dan saranan yang lebih bersesuaian dengan situasi dan objektif kewangan seseorang klien.

Alhamdulillah, sehingga sekarang saya sentiasa komited dalam memperbanyakkan serta menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan kewangan patuh syariah di website saya. Pengetahuan mengenai pengurusan aliran tunai, pengurusan risiko, pelaburan, penyucian harta dan perwarisan harta dapat diperolehi dengan menghadiri kursus-kursus serta menimba ilmu daripada individu-individu yang telah lama menceburkan diri dalam bidang ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan konsultasi kewangan, memperbaiki aliran tunai, merancang pelaburan, atau bagi yang sedang mencari pelan takaful hayat/perubatan yang bersesuaian, bolehlah menghubungi saya di nombor telefon dan emel yang akan saya sediakan dibawah perkongsian ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan jika anda ada apa-apa cadangan atau pertanyaan bolehlah komen pada ruangan yang disediakan.

Muhammad Imran Bin Mohd. Zakir

Certified Islamic Financial Planner (IFP). Financial Planner Representative (FPR)