Apakah Perancangan Kewangan Holistik/Menyeluruh?

Perancangan Kewangan Holistik adalah dimana anda ambil tahu keadaan semasa dan apakah halatuju kewangan anda. Sebagai contoh, anda ambil tahu Aliran Tunai semasa. Jika negatif, apakah tindakan yang perlu diambil? Anda juga akan tahu apakah hutang-hutang yang ada dan bagaimana nak uruskannya.
.

Kemudian, apakah matlamat kewangan anda. Antara yang biasa adalah Dana Persaraan. Berapa yang anda perlu untuk menampung kehidupan diusia tua? Sudahkah anda merancang untuk Dana Pendidikan anak-anak?
.

Semua ini perlu untuk anda ambil tahu agar anda sentiasa ada panduan bagi perjalanan kewangan anda. Anda juga akan lebih cakna dengan produk-produk kewangan yang wujud di pasaran, bukan sekadar ambil apa yang ditawarkan.
.

Dalam kewangan, menyimpan ada tempatnya, nak urus risiko ada tempatnya, nak melabur ada tempatnya, nak urus harta pusaka ada tempatnya. Adalah menjadi satu kerugian jika anda melabur di tempat yang gunanya untuk urus risiko.
.

Kata-kata Inggeris,”Never ask a barber if he thinks you need a haircut”, juga dapat dikaitkan disini. Maksudnya, jangan anda minta pendapat yang berkenaan dengan aktiviti seseorang, kerana akan ada kecenderungan untuk anda mendapat nasihat yang bias kepada aktivitinya.
.

Antara cara untuk anda dapatkan nasihat kewangan yang tidak bias kepada mana-mana produk kewangan adalah dengan mendapatkan nasihat daripada Perancang Kewangan Berlesen.
.

Mereka ini adalah individu berlesen dibawah Suruhanjaya Sekuriti yang dapat membantu anda menganalisa kewangan anda, dan menawarkan produk kewangan yang bersesuaian dengan keperluan anda.
.

Jika anda ada pelan Takaful, mereka boleh bantu anda kenalpasti manfaat-manfaat sedia-ada, dan adakah ianya mencukupi. Jika anda ada duit lebihan untuk dilaburkan, mereka boleh bantu anda buat pelan pelaburan untuk mencapai matlamat kewangan anda.


Jika anda berminat untuk konsultasi kewangan menyeluruh, boleh klik http://wasap.my/60174563787/NakMulaMerancangKewangan

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#financialplanning
#financialliteracy

PERANCANGAN KEWANGAN

Perancangan kewangan adalah langkah pertama dalam mengurus kewangan anda.

Empat langkah seterusnya adalah:

1. Tetapkan matlamat kewangan anda.
2. Ketahui ke mana wang anda pergi.
3. Kaji tabiat perbelanjaan anda.
4. Buat rancangan perbelanjaan.

Langkah 1: Tetapkan matlamat kewangan anda

Matlamat kewangan adalah perkara yang ingin anda lakukan dengan wang anda selepas jangka masa tertentu. Menetapkan matlamat akan memastikan anda membelanjakan dan menyimpan wang dengan cara yang membolehkan anda mencapai matlamat anda. Matlamat kewangan anda boleh dibuat untuk jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang, bergantung kepada faktor seperti usia, pendapatan, status perkahwinan dan komitmen keluarga.

Langkah 2: Ketahui ke mana wang anda dibelanjakan

Seterusnya, anda perlu mengetahui bagaimana anda membelanjakan wang anda. Lakukan ini dengan mencatat perbelanjaan anda dengan terperinci untuk suatu jangka waktu tertentu, contohnya, lapan minggu. Tujuan anda bukan untuk mengurangkan perbelanjaan anda, tetapi untuk mengetahui di mana anda telah membelanjakan wang anda.

Langkah 3: Kaji tabiat perbelanjaan anda

Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai wang lebihan atau anda ingin menambahkan simpanan, anda perlu meneliti tabiat perbelanjaan anda. Lihat senarai perbelanjaan anda dan tanyakan pada diri anda adakah ia keperluan atau kemahuan. Kurangkan perbelanjaan kemahuan, dan cari tanda-tanda tabiat berbelanja buruk yang perlu anda ubah.

Langkah 4: Buat rancangan perbelanjaan

Setelah mempelajari tabiat perbelanjaan anda, kini anda dapat membuat rancangan perbelanjaan yang akan membolehkan anda mencapai matlamat kewangan anda.

Sumber : BankingInfo

Jom mula urus & rancang kewangan anda! Klik http://wasap.my/60174563787/NakRancangKewangan

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#financialplanning