Ketahui 3 komponen penting dalam kewangan, simpanan, perlindungan dan pelaburan.

Pertamanya adalah simpanan. Fungsinya adalah untuk menampung kos-kos ketika menghadapi perkara-perkara yang tak diduga seperti kereta rosak, paip bocor, kena buang kerja, dll.

Simpanan juga digunakan untuk mengumpul dana bagi penggunaan dalam jangkamasa pendek & sederhana. Contohnya, deposit rumah/kereta, yuran belajar, dana percutian, dll.

Medium yang digunakan untuk tujuan simpanan mestilah mudah cair dan tiada risiko kehilangan kapital. Contohnya akaun simpanan, Tabung Haji dan ASB.

Disarankan untuk kita asingkan siap-siap minimum 10% daripada pendapatan bulanan, untuk capai jumlah simpanan 3-6 bulan perbelanjaan.

Berikutnya adalah perlindungan. Fungsinya adalah untuk melindungi kewangan kita daripada risiko-risiko besar seperti kematian, cacat kekal & sakit kritikal.

Medium yang sesuai adalah Takaful/Insurans. Peruntukkan maksimum 10% daripada pendapatan bulanan untuk pelan Takaful yang mencukupi.

Data menunjukkan hanya 2/5 rakyat Malaysia yang mempunyai Takaful/Insurans. Ini menunjukkan tahap kesedaran kewangan yang masih rendah.

Kemudian, pelaburan. Fungsinya adalah untuk mengembangkan harta kita bagi mencapai matlamat jangkamasa panjang. Contohnya seperti dana persaraan dan pendidikan anak-anak.

Medium yang boleh digunakan adalah unit amanah, saham, hartanah, dll. Disarankan untuk anda peruntukkan minimum 10% daripada pendapatan bulanan untuk dilaburkan.

Dalam pelaburan, pastikan anda faham konsep ‘Risk and Reward’. Lagi tinggi pulangan, lagi tinggi risiko. Dengan ilmu, anda boleh mengurangkan risiko kerugian. Namun risiko masih tetap ada.

Pemikiran dimana ada pelaburan tanpa risiko yang tinggi pulangannya, telah menyontotkan ramai individu. Untuk tahun ini, setakat April, kerugian berjumlah RM 30 Juta telah direkodkan.

Dapat sesuatu?

Dapatkan Box Set My Financial Freedom Blueprint Revolution, untuk belajar ilmu kewangan secara DIY!

https://bit.ly/3Lvwuxo
https://bit.ly/3Lvwuxo
https://bit.ly/3Lvwuxo

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: