Pentingnya anda review Pelan Perlindungan sedia ada.

Rupanya ramai juga yang tak tahu atau tak ambil tahu perlindungan apa diambil. Sampailah masa nak guna, baru tahu.

Ramai yang cuma ambil sahaja apa yang ditawarkan. Tak pasti berapa sebenarnya yang diperlukan. Bila ditanya, katanya perlindungannya lengkap, semua ada.

Bila review, rupanya insurans, rupanya hanya cover ‘personal accident’, rupanya tempoh perlindungan pendek.

Bila kita review pelan perlindungan sedia ada, kita nak pastikan jumlah perlindungan mencukupi dan tidak terlampau tinggi agar bayaran bulanan tidak ‘makan’ banyak daripada aliran tunai.

Lebih baik ambil perlindungan yang mencukupi dengan bayaran yang lebih murah. Lebihan tunai kita gunakan untuk melabur dan capai matlamat kewangan yang lain.

Disini ada sedikit panduan tentang perlindungan yang sepatutnya kita ada:

1) Hutang piutang. Sediakan perlindungan yang cukup untuk cover hutang rumah sebagai contoh, agar tidak membebankan waris ketika ‘pemergian’ kita.

2) Tanggungan keluarga. Sediakan perlindungan yang cukup untuk menampung belanja harian keluarga sekurang-kurangnya setahun ketika ‘pemergian’ kita.

3) Perlindungan cacat kekal. Sediakan perlindungan yang cukup supaya anda dapat menampung belanja keluarga ketika anda tidak lagi mampu untuk bekerja. Sekurang-kurangnya sehingga umur persaraan.

4) Perlindungan sakit kritikal. Sediakan perlindungan yang cukup supaya anda ada pilihan untuk mendapatkan rawatan terbaik ataupun ambil cuti (Sabbatical Leave) untuk anda menjalani proses pemulihan.

5) Elaun hospital supaya anda ada pilihan untuk terus mendapatkan rawatan tanpa risaukan pendapatan untuk menampung keluarga.

Dapat sesuatu?

Jika anda berminat untuk review pelan Takaful anda, boleh klik disini – http://wasap.my/60174563787/NakReviewTakaful

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#takaful
#financialplanning

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: