Kisah seorang doktor kaya, tapi miskin

Gaji doktor ini RM 25,000 sebulan. Pada jangkaan kita dia hidup sangat selesa dan bahagia.

Hakikatnya dia sangat merana kerana menanggung hutang yang banyak. Menanggung hutang adalah satu beban di dunia.

AKPK malam tadi mendedahkan yang hutang kad kredit doktor ini RM 800,000. Bayaran minima (5%) ialah RM 40,000 sebulan.

Pakai semua duit gaji setiap bulan pun masih ada tertunggak RM 15,000 sebulan bayaran minima kad kredit.

Jika kita berhutang RM 10,000 kad kredit dan bayar hanya minima 5% setiap bulan, ambil masa 89 bulan untuk bayar habis.

Ini hutang kredit kad RM 800,000! Mati hidup semula pun belum tentu habis bayar macam ni jika bayar minima setiap bulan.

Gaji besar, hutang lagi besar! Miskin dan tidak mampu.

Doktor ini mempunyai 1 rumah, 1 kondo dan 2 kereta mewah.

Nasihat AKPK : Jual rumah dan kereta settle masalah. Doktor tidak mahu jual kerana malu dan takut nanti apa kata orang. Hidup untuk puaskan mata orang lain.

Hutang kerana hidup mewah yang berlebihan.
Pada satu masa kita hanya boleh pandu 1 kereta, kenapa kena ada 2? Pada satu malam kita hanya tidur di satu rumah, kenapa ada 2 rumah ? (dan tidak disewakan).

Punca hutang besar ini ialah doktor ini (juga sebahagian besar dari kita) beranggapan kerana telah belajar dengan susah payah berpuluh tahun hingga jadi doktor, maka dia boleh berbelanja apa sahaja yang dia mahu apabila bekerja.

Posting Asal – Azemi Ali

Ingat, kawal perbelanjaan kita. Kenalpasti apa yang kita perlu, dan apa yang kita mahu.

Hidup ni bukan semata-mata nak memuaskan hati orang lain dengan perkara-perkara yang kita tidak mampu.

Amalkan Perancangan Kewangan. Tak tahu nak mula dari mana? Boleh PM saya – http://wasap.my/60174563787/NakRancangKewangan

Anda segan? Boleh dapatkan BoxSet MyFFBR dan mula merancang kewangan anda. Link disini – https://bit.ly/35f1m5x

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR)

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#financialplanning

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: