Risiko dalam pelaburan

Dalam apa-apa pelaburan yang kita sertai, samada Saham, Bon/Sukuk, Unit Amanah, ETF, REITs, Hartanah mahupun Crypto, semestinya akan ada risiko yang datang bersama.

Jika kita mahukan pulangan pelaburan yang tinggi, perlu difahami yang risiko juga akan tinggi. Tiada yang mudah di dunia ini. Rendah risiko, rendahlah pulangan.

Amnya, Instrumen seperti Saham adalah lebih tinggi risiko berbanding Unit Amanah. Unit Amanah pula lebih berisiko berbanding Bon/Sukuk.

Fahamkan ini dahulu sebelum melabur. Barulah kebarangkalian untuk anda ditipu skim pelaburan rendah.

“Menurut PDRM, secara purata, rakyat Malaysia ditipu skim pelaburan setiap 30 minit.” – Suruhanjaya Sekuriti

Setelah faham bab risiko, fahamkan pula Asset Allocation untuk seimbangkan risiko dan pulangan.
Asset Allocation dibuat berdasarkan toleransi risiko, matlamat dan jangkamasa pelaburan.

Sebab itu anda perlu jelaskan apa matlamat anda untuk sesebuah pelaburan. Pastikan juga simpanan kecemasan dan risiko-risiko lain diurus dengan baik.

Kesimpulannya, fahamkan situasi kewangan anda dan uruslah kewangan anda dengan baik. Ambil tahu instrumen/produk yang ada dipasaran dan jadilah pengguna bijak.

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#financialplanning
#investment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: