Tabung Pendidikan Anak

Setiap daripada kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Terutamanya, berkaitan pelajaran.

Anda dah fikir anak-anak nak sambung belajar di mana? Berapakah jumlah kos yang akan diperlukan?

Disini saya akan kongsikan, 4 tempat untuk anda mula menyimpan berserta anggaran pulangan.

1. Akaun Simpanan Bank

Anda simpan sahaja di dalam akaun bank. Simpanan disini dilindungi oleh PIDM sehingga RM 250,000.

Pulangan tahunan ~ 1.5 %
Simpan RM 100 sebulan selama 15 tahun.
Simpanan akhir = RM 20,180.85

2. SSPN-i

Pelan Simpanan daripada PTPTN ini, anda bukan hanya menyimpan. Malahan, anda akan mendapat pelepasan cukai tahunan serta perlindungan takaful bagi simpanan melebihi RM 1000.

Pulangan tahunan ~ 3%
Simpan RM 100 sebulan selama 15 tahun.
Simpanan akhir = RM 22,679.74

3. Amanah Saham Bumiputera

Buka akaun ASB dan mula menyimpan. Harga seunit ASB adalah tetap iaitu seringgit, atas jaminan daripada kerajaan.

Pulangan tahunan ~ 5%
Simpan RM 100 selama 15 tahun.
Simpanan akhir = RM 26,590.35

4. Simpanan Berkala Bulanan Unit Amanah

Ramai yang kurang terdedah dengan cara ini. Potensi pulangan boleh ditingkatkan dengan pendedahan kepada lebih risiko dalam jangka masa yang lebih panjang.

Pulangan tahunan ~ 8%
Simpan RM 100 selama 15 tahun.
Simpanan akhir = RM 33,977.85

Apa-apa pun, ianya bergantung kepada keputusan anda. Kira berapa jumlah yang diperlukan dan jangan lupa faktorkan sekali kadar inflasi.

Jika perlukan bantuan, boleh PM. Saya akan bantu sedaya boleh.

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#financialplanning
#DanaPendidikanAnak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: