Urus risiko kewangan dengan Takaful.

Bagi yang belum tahu,

Takaful merupakan ‘safety net’ yang menghalang kita daripada ‘berundur’ ketika kita sedang rancak untuk ‘mara ke depan’ dalam kewangan.

Contohnya, kita sedang menyimpan untuk deposit pembelian rumah, kereta, duit untuk pergi umrah, Dana Persaraan dan Pendidikan anak-anak. Kita sedang mara ke depan dengan laju.

Tiba-tiba berlaku perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan ketika bersukan ataupun disahkan mengidap penyakit kritikal yang memerlukan kepada rawatan segera.

Pada masa itu, kos-kos rawatan yang diperlukan amatlah tinggi. Jika tiada Takaful, tidak ada cara lain melainkan anda perlu menggunakan duit yang anda telah simpan sekian lama tadi. Habis semuanya digunakan.

Lebih parah, duit-duit simpanan tadi tidak cukup dan anda terpaksa meminjam. Jika ada adik-beradik atau sahabat yang boleh membantu, Alhamdulillah. Jika tiada? Mana tidaknya ada yang sanggup berhutang dengan ceti-ceti haram. Kita ditarik dan tersungkur ke belakang.

Semua ini boleh dielakkan dengan pengurusan risiko yang baik dan teliti. Antara caranya adalah dengan caruman Takaful dan Simpanan Kecemasan.

Mengikut saranan daripada Malaysia Takaful Association (MTA), setiap daripada kita sepatutnya memperuntukkan 5% ke 10% daripada pendapatan kita untuk Takaful. Daripada 100, 5 sahaja teman-teman. Banyak ke?

Ketika kita masih sihat dan berduit, tidak rugi jika kita ketepikan sedikit duit untuk caruman Takaful.

Jadi, bertindak sekarang. Kalau tidak kita, siapa lagi. Bagi yang perlukan bantuan, saya boleh bantu. Roger je.

http://wasap.my/60174563787/NakUrusRisiko

Imran Zakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#takaful
#financialplanning

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: