Masa, senjata ampuh dalam pelaburan.

Dalam pelaburan, elemen masa adalah sangat penting dalam menghasilkan pulangan yang lebih baik.

Awat lagutu hg tanya?

Perhatikan situasi 2 individu dibawah (rujuk rajah 1.0).

Kedua-dua mereka ini simpan RM 150 sebulan di tempat yang berpotensi memberi pulangan 12% setahun.

Individu A
Dia berpendapat “kita ni masa muda la nak enjoy, esok-esok la menyimpan.” Dia pon belanja sesuka hati dan pada umur 26 tahun baru mula melabur.

– Labur RM 150 sebulan selama 40 tahun sehingga umur 65 tahun.
– Jumlah simpanan pokok sebanyak RM 72K.
– Hasilnya, dia mempunyai jumlah pelaburan sebanyak RM 1,764,714.
.
.

Individu B
Yang ni cerdik sikit, dari awal dah fikir dan rancang masa depan dia. Dia tahu kalau dia berkorban sekarang, dia akan senang di kemudian hari. Dia pon mula seawal umur 18 tahun.

– Labur RM 150 sebulan sehingga umur dia 25 tahun sahaja. Tetapi, tak pernah usik duit dalam akaun ini.
– Duit tu terus berganda sehingga umur 65 tahun.
– Jumlah simpanan pokok ialah RM 14,400 sahaja.
– Hasilnya, jumlah pelaburan dia adalah RM 2,232,200.

Individu B mempunyai jumlah simpanan hampir setengah juta lebih banyak daripada individu A. Itu pon melabur sampai 25 tahun sahaja, kalau dia teruskan sampai umur 65 tahun?

Nampak bagaimana masa dan kuasa ‘compounding’ sangat penting dalam pelaburan?

Rajah 1.0

Pengajarannya,

Manfaatkan masa muda untuk rancang kewangan dengan bijak. Simpan dan labur minimum 10% daripada pendapatan bulanan. Teruskan begitu dan belajar untuk hidup dibawah kemampuan.

Jangan bertangguh!

Bagi yang nak mula melabur, tapi tak tahu nak mula macam mana? Saya boleh bantu. Boleh klik link ni – http://wasap.my/60174563787/NakMulaMelabur

ImranZakir
Perancang Kewangan Islam Berlesen (IFP.FPR.)

#TSIGroup
#TheSophisticatedInvestor
#investment
#financialplanning

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: