Waktu terbaik untuk mengambil Takaful.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bilakah waktu terbaik untuk seseorang itu melanggan pelan Takaful?

Dua tahun sebelum disahkan mengidap mana-mana sakit kritikal.

Kebanyakkan pelan takaful daripada pelbagai syarikat mengenakan Contestable Period selama 2 tahun. Tempoh ini adalah dimana syarikat takaful berhak untuk melakukan siasatan terlebih dahulu jika seseorang pencarum mengidap penyakit kritikal. Proses siasatan ini adalah bertujuan untuk menyelidik samada penyakit tersebut adalah penyakit sedia ada yang tidak diisytiharkan kepada pihak syarikat, ataupun penyakit yang bukan sedia ada.

Pihak syarikat berhak untuk tidak melindungi penyakit tersebut bergantung kepada keputusan penyelidikan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Enam bulan sebelum dimasukkan ke hospital.

Pada kebiasaannya, syarikat takaful akan mengenakan cooling off period atau waiting period selama 4 hingga 6 bulan. Tempoh ini adalah dimana syarikat takaful akan melindungi pencarum secara berperingkat sehinggalah tamat tempoh tersebut. Perkara ini juga dilaksanakan bagi mengelakkan penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tempoh Waiting Period ataupun Cooling Off Period.

Sebagai contoh, seorang pencarum berusia 33 tahun, telah disahkan mengalami ketumbuhan (cyst) selepas 3 bulan melanggan kad perubatan. Pihak takaful tidak akan melindungi penyakit tersebut. Contoh yang lain, seorang pencarum mengalami kemalangan ketika bersukan (ACL) akan terus dilindungi oleh pihak takaful dimana bil untuk pembedahan ACL boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Syarikat Hong Leong MSIG Takaful adalah antara syarikat yang menawarkan cooling off period yang singkat, iaitu sebulan, bagi penyakit biasa seperti demam.

Sehari sebelum kematian akibat kemalangan.

Pencarum akan terus dilindungi bagi apa-apa musibah yang melibatkan kemalangan sejurus selepas sijil takaful anda diluluskan. Hal ini termasuk kos-kos pembedahan dari kemalangan ketika bersukan sehinggalah kemalangan jalan raya.

Kesimpulannya, rancanglah kewangan anda daripada awal, sebelum anda ditimpa musibah. Syarikat takaful adalah entiti bisnes, bukan badan kebajikan. Kerana itu, syarat kemasukannya agak ketat, antaranya bakal pencarum perlulah sihat atau caruman bulanan akan menjadi mahal.

Ramai yang datang kepada saya bercadang untuk menyertai pelan takaful. Namun, apakan daya sudah berpenyakit. Bayaran bulanan naik begitu mendadak, syarikat takaful juga yang dipersalahkan.

Rancang dan tenang.

Imran Zakir IFP.FPR (017-456 3787)

#TSIGroup #TheSophisticatedInvestor #TSI #Takaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: