Takaful VS Insurans

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apakah perbezaan antara Takaful dan Insurans? Adakah Takaful hanya tukar terma Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab? Ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang masih tidak cakna akan kewajipan untuk menyertai Takaful sebagai alternatif kepada Insurans Konvensional.

Insurans boleh didefinasikan sebagai sebuah sistem perlindungan kewangan. Sistem ini melibatkan pelaksanaan kontrak antara syarikat insurans dan pencarum, dimana syarikat insurans bersetuju untuk membayar sejumlah wang kepada pencarum ketika berlakunya sesuatu musibah.

Konsep insurans itu sendiri adalah diharuskan di dalam Islam. Namun, cara pelaksanaannya, ataupun kontraknya, perlu diubah agar lebih menepati dengan ajaran Islam. Kebanyakan ulama Islam mengharamkan insurans kerana terdapatnya unsur Riba’, Gharar (Ketidakpastian) dan Maisir (Perjudian) dalam pelaksanaan kontraknya.

Antara unsur Riba’ yang terdapat dalam insurans adalah RibaAl Fadl dimana berlakunya pertukaran barang ribawi (pampasan kewangan dan premium) yang berbeza. Riba An Nasiah juga berlaku dimana pertukaran pampasan kewangan dan premium yang berlaku pada masa yang berbeza. Syarikat insurans juga menggunakan dana terkumpul untuk dilaburkan ke dalam pelaburan berasaskan faedah (riba’).

Antara unsur Gharar pula adalah pencarum dan syarikat insurans tidak mengetahui obligasi dan peranan masing-masing keatas satu sama lain. Kemudian, pencarum tidak mengetahui jumlah pampasan kewangan yang akan diterima dan bilakah peril akan berlaku.

Unsur-unsur Maisir pula adalah apabila melalui kontrak jual beli tersebut, pencarum boleh menerima pampasan kewangan yang tidak setimpal dengan jumlah premium yang telah dibayar. Selain itu, ada juga kemungkinan untuk pencarum tidak menerima apa-apa pampasan kewangan.

Dr. Yusuf Al Qaradhawi, menyatakan pada pendapatnya bahawa insurans dapat diubahsuai untuk lebih menepati ajaran Islam iaitu dengan pelaksanaan kontrak yang berasaskan derma, bukan jual beli. Tambahan lagi, syarikat insurans perlu mengelakkan urus niaga yang melibatkan unsur-unsur riba’.

Asal-usul Takaful ini telah wujud sebelum dan pada zaman baginda nabi Muhammad SAW dalam bentuk Aqila. Aqila adalah sebuah kesepakatan antara kaum Muhajirin dan Ansar untuk melindungi satu sama lain dengan pengumpulan dana ke dalam sebuah tabung yang dikenali sebagai Al Kanz. Tabung ini akan digunakan untuk membayar Diyat, iaitu sejumlah wang pampasan yang akan dibayar kepada ahli keluarga sebagai tebusan terhadap ahlinya yang mati dibunuh.

“Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya)…” Surah An Nisa 4:92

#TSIGroup #TheSophisticatedInvestor #TSI #Takaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: