Takaful, untung ke rugi?

“Bang, saya dah carum takaful 5 tahun, bila surrender polisi kenapa sikit saja duit yang saya dapat balik?”. Antara jawapan yang anda boleh kemukakan kepada soalan sebegini adalah:

1) “Abang bila pilih untuk carum takaful, kontraknya abang bersedekah ke dalam sebuah tabung yang duitnya akan digunakan untuk menampung kos-kos ketika para penyumbang ditimpa musibah termasuklah abang sendiri serta kos pengurusan syarikat. Jadi abang sepatutnya suka la sebab abang sebenarnya bersedekah, kan?”

2) “Abang cuba fikir, mana yang abang nak. Sepanjang tempoh caruman, abang sihat hidup bahagia boleh bekerja menyara keluarga. Ataupun, abang dapat claim pampasan takaful beratus ribu tetapi disahkan mengidap kanser, kemalangan terputus tangan dan kaki. Mana satu?”

3) “Tengok kereta abang tu, harga yang abang bayar termasuk dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih. Dengan beg udaranya, ABSnya, Emergency Braking Assistnya, Blind Spot Monitornya…banyak lagi. Katakan sepanjang abang guna kereta tu abang tak pernah kemalangan, boleh ke abang claim balik duit yang abang dah bayar sebab tak pernah guna?”

Pilih jawapan anda dengan bijak.

Takaful ini adalah medium perlindungan dalam kewangan kita. Ramai yang tidak faham apakah objektif ketika menyertai pelan Takaful kerana kurangnya pendedahan. Jika kita faham apa yang kita langgan, barulah tidak akan timbul persoalan rugi atau tidak.

Kebanyakkan daripada kita lebih berminat untuk melabur. Dalam pelaburan, modal dan masa memainkan peranan penting dalam menjana keuntungan. Lagi banyak modal yang dikeluarkan, lagi banyak keuntungan yang akan dijana. Ditambah pula dengan elemen masa, dimana pelaburan itu dibiarkan dengan lebih lama, lebih banyak keuntungan yang akan diperolehi.

Katakan kita mempunyai sejumlah modal untuk dilaburkan ke dalam sebuah potfolio unit amanah, kita perlulah membiarkan duit tersebut ‘bekerja’ minimum 10 tahun. Dalam jangkamasa 10 tahun tersebut, bolehkah anda menjamin bahawa tidak akan ada apa-apa musibah yang akan menimpa anda, dimana anda terpaksa mencairkan pelaburan tersebut? Sudah tentu tidak. Disinilah pengurusan risiko itu penting, menggunakan Takaful sebagai mediumnya. Disamping itu simpanan kecemasan juga penting dalam menguruskan risiko kecil dalam kehidupan kita.

Kesimpulannya, rancang kewangan anda secara menyeluruh. Barulah anda faham fungsi ataupun objektif setiap medium kewangan yang ada dipasaran. Contohnya bagi pengurusan risiko, gunakan Takaful. Bagi pelaburan, gunakan saham, unit amanah, hartanah, private mandate dan sebagainya. Pengurusan Harta Pusaka pula, gunakan hibah, wasiat, Takaful trust dan sebagainya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat professional Perancang Kewangan Berlesen untuk perancangan yang lebih menyeluruh dan tersusun, bolehlah tekan butang dibawah.

Betul, anda boleh merancang kewangan anda sendiri. Tetapi, anda perlu faham, khidmat perancangan kewangan ini seperti anda menghantar kereta anda ke bengkel jika berlaku kerosakan. Bukankah anda boleh baiki kereta anda sendiri, kenapa hantar ke bengkel?

Imran Zakir IFP.FPR

#TSIGroup #TheSophisticatedInvestor #TSI #Takaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: