Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tidak dinafikan, pelaburan adalah suatu perkara yang selalu hangat dibicarakan, kerana ianya melibatkan penjanaan wang. Terdapat banyak medium pelaburan yang ada di Malaysia, dimana setiap medium ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.

Hari ini saya akan menerangkan secara asas salah satu daripada medium-medium pelaburan tersebut, iaitu Unit Amanah. Unit Amanah adalah sebuah pelaburan dimana pelabur-pelabur mengumpul dana pada satu tempat untuk dilaburkan dalam sekuriti ataupun aset-aset lain, bagi memenuhi objektif pelaburan yang telah ditetapkan oleh pengurus dana.

Para pelabur Unit Amanah tidak memiliki saham syarikat-syarikat secara terus, tetapi para pelabur mempunyai hak pemilikan keatas sesuatu dana Unit Amanah melalui unit-unit yang disandarkan kepada aset-aset (Pernah terfikir kenapa pada namanya terdapat perkataan ‘unit’?). Kerana itulah mereka ini digelar ‘Pemegang Unit’, bukan ‘Pemegang Saham’.

Sebagai bukti pemilikan, Pemegang Unit akan diberikan samada sijil unit ataupun penyata. Jumlah unit yang akan dimiliki bergantung kepada harga semasa unit ataupun jumlah wang yang dilaburkan. Mereka yang berminat akan mengisi borang pembelian unit selepas meneliti prospektus. Prospektus akan menerangkan kepada bakal pelabur maklumat-maklumat penting berkenaan sesuatu dana seperti objektif dan harga semasa unit.

Be fearful when others are greedy. Be greedy when others are fearful.

Keuntungan yang diperolehi oleh para pemegang unit adalah selalunya dalam bentuk pembayaran dividen ataupun pertambahan modal ataupun kedua-duanya. Setiap unit mewakili nilai aset yang akan dibahagikan secara sama rata antara pemegang unit. Manakala, pertambahan atau pengurangan modal adalah bergantung kepada prestasi aset yang dimiliki oleh dana tersebut.

Dalam pasaran Malaysia, terdapat lebih 39 syarikat Unit Amanah yang mengendalikan dana yang pelbagai bernilai lebih RM 500 Billion. Aset-aset tersebut mewakili lebih 28% daripada Pasaran Bursa Malaysia.

Apa kelebihan Unit Amanah?

Untuk para pelabur yang tidak mempunyai masa atau keupayaan mengkaji dan menganalisa keadaan pasaran, Unit Amanah adalah pilihan terbaik. Hal ini kerana, kesemua perkara tersebut akan diuruskan oleh Pengurus Dana yang profesional.

Selain itu, pelaburan Unit Amanah juga menawarkan diversification dalam sesebuah pelaburan. Jumlah dana terkumpul yang besar membantu pengurus dana untuk membeli aset-aset yang pelbagai. Jika kita sendiri yang ingin membeli secara terus aset-aset yang pelbagai bagi tujuan diversification, ianya akan memakan modal yang besar (Jutaan Ringgit).

Kebanyakkan pelabur lebih suka jika pelaburan mereka mudah cair, ataupun dalam kata lain, tidak leceh dan memakan masa untuk ditukarkan ke wang tunai. Unit Amanah memiliki ciri tersebut, dimana unit-unit yang dimiliki pelabur boleh dijual terus melalui agen atau syarikat Unit Amanah itu sendiri. Syarikat Unit Amanah perlu membeli semula unit-unit yang dijual pelabur dan membuat pembayaran dalam tempoh tidak melebihi 10 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Apa keburukan Unit Amanah?

Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Begitulah juga Unit Amanah. Namun, semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangan. Semakin rendah risiko, semakin rendah pulangan. Jadi, amatlah penting bagi setiap individu yang ingin melabur dalam Unit Amanah untuk mengetahui apakah risiko-risiko yang bakal dihadapi.

Pertamanya, para pelabur tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan pelaburan terhadap wang yang telah dilaburkan. Setiap keputusan pembelian atau penjualan aset adalah sepenuhnya dibawah kuasa Pengurus Dana. Jangan risau, Pengurus Dana tidak akan membuat keputusan sesuka hati. Mereka akan berpandukan kepada potfolio serta objektif penubuhan dana, seperti yang termaktub dalam prospektus.

Khidmat profesional pengurus dana juga tidaklah tanpa apa-apa cas ataupun yuran. Untuk sebahagian pelabur, jumlah yuran ini boleh menjejaskan pulangan keseluruhan sesuatu pelaburan. Namun, jika hendak dibandingkan, amatlah kecil yuran yang dikenakan dengan khidmat yang ditawarkan.

Opportunity Cost juga merupakan salah satu lagi kelemahan Unit Amanah. Seperti mana-mana pelaburan yang lain, akan ada waktu naik dan turunnya. Jika sesebuah dana itu mempunyai prestasi yang kurang baik, para pemegang unit berkemungkinan memberi hujah dimana pulangan yang lebih tinggi dapat dicapai jika mereka sendiri yang melabur secara terus aset-aset tersebut. Namun, harus diingati bahawa kewujudan Unit Amanah ini adalah untuk membantu para pelabur mendapatkan pendedahan pasaran yang luas dengan tahap risiko yang minimum, serta modal yang lebih berpatutan.

Kesimpulannya, pelaburan Unit Amanah ini adalah satu pilihan yang baik bagi pelabur yang menginginkan pulangan yang memuaskan dalam jangka masa sederhana ataupun panjang (5 tahun dan keatas). Pelabur hanya perlu ‘menyimpan’ wang mereka di dalam akaun, dan serahkan selebihnya kepada mereka yang pakar.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, semoga memberi manfaat.

Klik butang dibawah bagi mendapatkan konsultasi dan saya akan bantu anda bina potfolio pelaburan demi mencapai matlamat anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: