Hutang Baik dan Hutang Jahat. Apa bezanya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Antara pertanyaan yang acap kali kita dengari adalah berkenaan perbezaan diantara Hutang Baik dan Hutang Jahat. Hari ini saya akan cuba kongsikan kepada anda berkenaan topik ini. Hutang adalah perbuatan kita meminjam sesuatu daripada sesebuah entiti bagi tujuan tertentu dan kita wajib melangsaikannya pada masa akan datang. Tujuan itulah yang akan menentukan jenis hutang tersebut samada baik atau buruk.

Apa itu Hutang Baik?

Sesuatu hutang itu dikira hutang yang baik apabila, wang yang dipinjam itu digunakan untuk menjana semula keuntungan. Perkara ini juga disebut juga sebagai leverage. Sebaliknya berlaku apabila anda berhutang dan wang yang anda perolehi digunakan untuk perkara-perkara yang tidak menjana keuntungan.

Ciri-ciri Hutang Baik:

  1. Meningkatkan nilai bersih harta anda
  2. Mengembangkan harta simpanan
  3. Jumlah bayaran semula yang rendah
  4. Kadar Faedah yang rendah

Contoh Hutang Baik.

Antara contoh Hutang Baik adalah pinjaman perumahan. Pinjaman ini membolehkan anda untuk memiliki sesebuah rumah dimana rumah tersebut akan menjana pendapatan untuk anda dalam bentuk sewaan ataupun peningkatan nilai rumah itu sendiri. Selain itu, Hutang Pendidikan juga dikira sebagai hutang yang baik. Ini kerana dengan anda meminjam untuk melanjutkan pelajaran, anda berkemungkinan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik sekaligus meningkatkan pendapatan anda.

Langsaikan hutang-hutang jahat anda, agar hidup lebih tenang.

Apa itu Hutang Jahat?

Sesuatu hutang itu dikira tidak baik apabila dengan wang yang dipinjam itu, anda membelanjakannya terhadap perkara-perkara yang tidak menambahkan nilai bersih anda.

Ciri-ciri Hutang Jahat:

  1. Membelanjakan wang pinjaman dalam masa yang singkat semata-mata untuk kelihatan mewah seperti majlis perkahwinan.
  2. Kadar faedah yang lebih tinggi daripada kadar keuntungan sesuatu pelaburan.

Contoh Hutang Jahat.

Antara contoh Hutang Jahat adalah Hutang Kad Kredit. Hutang Kad Kredit adalah satu hutang dimana pengguna Kad Kredit tidak perlu membayar secara tunai harga barangan tersebut ketika membelinya. Cas barangan tersebut akan direkodkan dalam bentuk kredit dalam akaun pengguna kad tersebut dan perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu. Bagi seorang pengguna yang bijak, cas-cas kredit yang berbaki akan dilangsaikan sebelum tamat tempoh.

Namun, terdapat satu kemudahan Kad Kredit yang telah menjerumuskan ramai dari kalangan kita ke lembah hutang piutang. Iaitu kemudahan Pembayaran Bulanan Minima (Minimum Monthly Payment). Kemudahan ini membolehkan pengguna Kad Kredit membayar bayaran minima setiap bulan menyebabkan terdapatnya lebihan baki dalam akaun pengguna tersebut. Baki ini akan dicas dengan kadar faedah yang tinggi, mencecah 18% setahun!

Kesimpulan

Anda sendiri perlu bijak dalam menilai sesuatu keputusan kewangan yang anda ambil. Sebelum memohon mana-mana pinjaman, pastikan anda membandingkan dahulu kadar-kadar faedah antara bank yang berlainan bagi memperolehi kadar yang terbaik. Anda juga perlu menjelaskan kepada diri anda tujuan sebenar pinjaman tersebut. Adakah berbaloi (menjana keuntungan), atau tidak berbaloi (tiada keuntungan dan perlu membayar semula dengan jumlah yang tinggi).

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: