Career Development Vs Fast Cash

Dulu den ada jumpa sorang adik bawa “Grab Car”, borak punya borak rupanya adik ni ada ijazah tapi sekarang memang fokus menjadi “Grab Driver” sepenuh masa.

“Dik, tak cuba cari kerja lain ke?” Den tanya beliau.

“Tak bang”

“Kenapa dik?” Den tanya lagi.

“Kawan-kawan saya kerja gaji paling tinggi pun RM2k bang. Kerja teruk dari pagi sampai ke petang”

“Baik saya buat grab ni, boleh rilek-rilek, tak de orang nak marah. Boleh dapat RM3k-RM4k, lagi banyak dari kawan-kawan saya bang.”


Balik rumah den pun bincang lanjut hal ni dengan menteri ekonomi rumah den Fara Eliyani . Den bagitahu Farrah, memang sia-sialah ada ijazah tapi gaji ciput, baik buat Grab atau jadi Rider.

Kami bandingkan antara dua orang “fresh grad” :

fresh grad 1
1) Nama : Ali
2) Umur : 25 tahun
3) Pekerjaan : Engineer
4) Pendapatan : RM2.2k


fresh grad 2
1) Nama : Abu
2) Umur : 25 tahun
3) Pekerjaan : Grab/Rider
4) Pendapatan : RM3k-RM4k


Kalau kita tengok secara kasar, sekarang memang berbaloi dan untung jadi Abu (Grab/Rider).

Pada umur 25 tahun, beliau menang dari segi :

  • Pendapatan lebih tinggi.
  • Masa lebih banyak dan fleksible.
  • Kepala kurang serabut.
  • Boleh bangun tidur lambat.
  • Tak serabut untuk meeting dan kena marah dengan boss (kadang-kadang mungkin ada pelanggan marah sebab lambat).


Ali yang kerja Engineer ni pula rugi dan kalah teruk :

  • Belajar tinggi dan susah tapi pendapatan ciput.
  • Kerja pukul 8pagi, balik pukul 5petang.
  • Selalu kena kerja sampai malam, Sabtu dan Ahad.
  • Kena hadap jem dan meeting hari-hari.
  • Kena marah dan maki dengan boss dan senior.


Tapi, kalau kita tengok untuk jangka masa panjang 10 tahun. Jika Abu masih bekerja sepenuh masa sebagai Grab Driver/Rider, beliau masih kena pulun kerja yang sama dan jana pendapatan yang lebih kurang sama RM3k-RM4k untuk “cover expenses”.

Untuk pekerjaan sebegini (Abu), sukar untuk dapat “career development”. Setahu den tiada caruman KWSP, tiada perlindungan perkeso dan tiada manfaat rawatan klinik jika Abu atau keluarga sakit (mohon betulkan kalau den silap).

Ali pula yang asalnya Engineer dengan gaji ciput, dalam masa 10 tahun, kebarangkalian besar akan naik pangkat menjadi Senior Engineer, Asssitant Manager atau Manager.

Pendapatan Ali asalnya RM2.2k akan ada kenaikan jika beliau kekal di syarikat yang sama dan akan naik jauh lebih tinggi jika beliau berpindah ke syarikat lain atas faktor pengalaman dan kepakaran. Tak mustahil boleh cecah RM8k-RM10k.

Ali ada “career development”, “medical coverage” dari syarikat untuk diri beliau dan keluarga (pengalaman den waktu Farrah kerja Perodua dulu), caruman KWSP buat masa tua dan pendapatan lebih baik.



Secara kasar, Abu menang pada peringkat awal, tapi Ali menang untuk jangka masa panjang.

Pendapat peribadi den, Grab Driver/Rider atau pekerjaan yang setara dengannya adalah satu “short term solution” untuk mereka yang tiada kerja, dibuang kerja dan juga mereka yang perlukan “fast cash”.

Buat sahabat-sahabat yang baru bekerja makan gaji dengan gaji sangat rendah dan nampak orang bandingkan anda, usah kecewa dan bersedih. Fokus tambah baik “skill set”, “networking” dan pengalaman dalam kerjaya.

Jangan mudah termakan dengan stigma lebih baik kerja sendiri, boleh dapat duit lagi banyak berbanding makan gaji. Hakikatnya lebih perit.

Untuk mereka yang bekerja sendiri, bisnes, “commission based earner”, cuba sehabis baik untuk cari cabang bisnes yang boleh berkembang dan boleh bantu tambah baik diri.

Sebaiknya letakkan “specific target” untuk jana pendapatan maksima, jika ada rezeki mungkin boleh jadi jutawan dan bantu lebih ramai orang.

Sahabat yang sama-sama tamat ijazah dengan kita dan kerja makan gaji, mungkin mereka akan pencen dengan simpanan KWSP RM500k-RM1 mil pada umur 55-60 tahun.

Sebaiknya kita sebagai orang bisnes perlu usahakan untuk jana simpanan tunai setara dengan mereka. Jika boleh capai “target” tersebut sebelum umur 50 lagi baik.


Post ni ditulis bukanlah nak merendahkan mana-mana pekerjaan, cuma nak menjelaskan perbandingan yang dibuat berdasarkan gambar. Komen pada gambar tersebut ada mentaliti yang kurang baik.

Apa pun pekerjaan sahabat-sahabat, Rider, Engineer, Doktor, semuanya mulia dengan niat untuk sara diri dan keluarga. Yang paling penting diusahakan dengan cara yang berkat di sisi Allah.

Den sendiri lepasan ijazah dalam bidang Engineering, pernah bekerja makan gaji sebagai QC Inspector dan sekarang sudah 7 tahun “commission based earner” sebagai seorang Perunding Hartanah.

Kredit : Izzat Ismail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: