Berapakah jumlah pampasan Takaful yang sesuai?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pelan Takaful, anda mestilah tahu berapakah jumlah pampasan Takaful yang anda perlukan. Persoalannya, bagaimana cara untuk anda menentukan jumlah tersebut? Hari ini saya akan berkongsi, bagaimana cara untuk anda mengira jumlah pampasan Takaful yang bersesuaian dengan situasi anda.

Gambar sekadar ilustrasi.

Sebelum anda berjumpa dengan mana-mana FAR (Baca disini untuk penerangan lebih lanjut berkenaan FPR dan FAR) ataupun ejen Takaful, perkara pertama yang anda perlu buat adalah mengetahui jumlah perbelanjaan bulanan anda. Ini membantu anda untuk mengetahui jumlah yang anda ataupun waris anda perlukan bagi melangsungkan kehidupan ketika dilanda musibah. Setelah anda mengetahui jumlah tersebut, anda boleh memilih antara dua cara pengiraan yang biasa digunakan.

Menggunakan Konsep Pencairan Modal (Capital Liquidation Method). Lihat contoh dibawah:

Belanja bulanan Ahmad = RM 3,000/bulan

Belanja tahunan Ahmad = RM 3,000 x 12 bulan = RM 36,000/tahun

Jumlah yang diperlukan adalah RM 36,000 x 10 Tahun = RM 360,000.

Berdasarkan kiraan diatas, waris Ahmad akan mendapat RM 360,000 sebagai pampasan kematian jika Ahmad meninggal dunia. Dengan jumlah itu, waris Ahmad dapat meneruskan kehidupan pada tahap yang sama sepanjang 10 tahun. Tujuan saya memilih 10 tahun adalah kerana itu merupakan tempoh yang paling munasabah bagi waris kita meneruskan kelangsungan hidup sambil berusaha mencari sumber pendapatan yang baru.

Tidak ada masalah bagi mereka yang ingin meletakkan jumlah pampasan yang tinggi, seperti 1 Juta. Namun anda perlu ingat sumbangan bulanan Takaful adalah termasuk dalam perbelanjaan. Lebih tinggi pampasan, lebih tinggi sumbangan. Sebaliknya, lebihan wang yang ada boleh kita laburkan ke dalam medium-medium pelaburan yang lain. Jadi, cukuplah sekadar kita meletakkan jumlah yang mencukupi bagi menampung kos perbelanjaan waris sahaja, bukan untuk mengkayakan waris.

Konsep Pengekalan Modal (Capital Preservation Method). Lihat contoh dibawah:

Belanja bulanan Ali = RM 3,000/bulan

Belanja tahunan Ahmad = RM 3,000 x 12 bulan = RM 36,000/tahun

Jumlah yang diperlukan adalah RM 36,000/5% = RM 720,000

Tambahan kos perbelanjaan setahun = RM 720,000 + RM 36,000 = RM 756,000.

Kadar 5% diatas diambil daripada Kadar Bebas Risiko (Risk Free Rate), iaitu waris Ali meletakkan wang pampasan tersebut ke dalam pelaburan bebas risiko seperti Tabung Haji, Amanah Saham Berhad dan KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja). Manakala tambahan kos perbelanjaan setahun sebanyak RM 36,000 adalah untuk perbelanjaan waris Ali pada tahun pertama.

Berdasarkan kiraan diatas, waris Ali akan menerima pampasan sebanyak RM 756,000 dan akan terus disimpan ke dalam Tabung Haji ataupun mana-mana medium yang saya telah sebutkan. Pada tahun pertama, warisnya akan membelanjakan RM 36,000 bagi menampung perbelanjaan bulanan. Baki RM 720,000 pada tahun kedua, akan menghasilkan dividen tahunan sebanyak RM 36,000. Cara ini adalah lebih baik, tetapi kos sumbangan bulanannya adalah lebih tinggi.

Antara dua cara diatas, tidak ada cara yang lebih utama. Ianya bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda untuk membayar sumbangan Takaful. Pada pendapat saya, sumbangan Takaful anda seharusnya tidak lebih daripada 10% gaji anda.

Terdapat beberapa lagi cara yang boleh kita gunakan untuk mengira jumlah pampasan Takaful atau cara pengurusan pampasan Takaful (Takaful trust etc.) mengikut situasi seseorang individu. Namun itu memerlukan kepada sesi secara bersemuka dengan individu tersebut bagi mendapatkan lebih banyak fakta ataupun sesi fact finding.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat dan bagi yang berminat untuk merancang kewangan secara menyeluruh termasuklah perancangan Takaful, bolehlah klik butang dibawah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: