Cara untuk menarik lebih ramai audiens (followers).

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini, saya akan sambung perkongsian saya mengenai sebuah buku yang ditulis oleh Austin Kleon, penulis buku Show Your Work!.

Pada penulisan yang lepas, saya telah berkongsi tentang bagaimana kita tidak perlu menjadi seorang Genius untuk mula berkongsi di Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya. Kita hanya perlu mengubah tanggapan kita terhadap terma ‘Genius’ itu sendiri. Bagi anda yang belum membaca perkongsian tersebut, bolehlah klik butang dibawah.

Kita mula dengan mengambil contoh seorang pelukis. Bila seorang pelukis bercerita mengenai kerjayanya, ada dua perkara yang dimaksudkan. Pertama adalah lukisan itu sendiri, sebuah hasil yang kita boleh tengok tergantung indah di dalam sebuah galeri. Keduanya adalah proses menyiapkan sesebuah lukisan, contohnya proses mencari ilham ataupun idea, proses penyediaan alatan dan sebagainya.

Pada zaman dahulu, sebelum adanya internet, seseorang penggiat seni tidak mempunyai cara untuk berkongsi aktiviti sehariannya. Tambahan pula, memang para penggiat seni pada zaman dahulu mempunyai satu mindset iaitu memilih untuk tidak mendedahkan proses-proses penting dalam menghasilkan karyanya kepada awam. Perkara ini tidak menarik bagi orang awam dan mereka hanya akan melihat kepada hasilnya sahaja.

Namun, pada zaman sekarang, dengan kewujudan internet, seorang penggiat seni boleh berkongsi apa sahaja berkenaan karyanya. Kita ambil contoh pelukis tadi, dengan capaian internet, dia boleh berkongsi lakaran-lakaran lukisan yang sedang diusahakan, gambar-gambar susunan studio, proses mencari ilham serta alatan-alatan yang digunakan. Dengan cara ini, sedikit demi sedikit akan terbina sekumpulan individu yang berminat untuk terus mengikuti perjalanan hidup pelukis ini.

Terdapat satu kisah pada tahun 2013, dimana seorang angkasawan, Chris Hadfield, yang telah menjadi ikutan ramai di internet. Tiga tahun sebelumnya, beliau sedang duduk bersama ahli keluarganya untuk makan malam. Disamping itu, mereka berbincang mengenai cara menarik perhatian orang-orang awam terhadap kerjaya angkasawan ini bagi mengumpul sejumlah dana.

Secara kebiasaanya, seorang angkasawan akan berkongsi fakta-fakta sains berkenaan bintang dan planet. Beliau berpendapat, untuk merealisasikan perkara tersebut, beliau perlu menjadi lain daripada yang lain. Beliau bercadang untuk membuat dokumentasi aktiviti-aktiviti seharian seorang angkasawan. Beliau bertambah bersemangat apabila anaknya bercerita tentang kelebihan-kelebihan media sosial. Tanpa berlengah, beliau terus membuka akaun Twitter, Youtube dan akaun media sosial yang lain.

Lima bulan berikutnya, sedang beliau bertugas di angkasa lepas, beliau menghabiskan masa berkongsi di media sosial aktiviti-aktiviti seharian beliau. Beliau merakam video memotong kuku, memberus gigi, tidur, malahan ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. Jutaan yang telah mengikuti beliau di media sosial. Mereka sangat terinspirasi dengan kerjaya beliau sebagai seorang angkasawan.

Canadian Space Agency

Canadian Space Agency

Secara kesimpulannya, kita selalu merasakan bahawa tiada apa yang patut dikongsikan berkenaan kerjaya kita. Tetapi, setiap kerjaya adalah unik dengan caranya yang tersendiri. Tugas kita hanyalah berkongsi dengan cara yang betul. Mulakan dengan menulis serba sedikit tentang apa yang anda pelajari pada hari tersebut ataupun mengambil beberapa gambar ketika anda dalam proses menyiapkan sesuatu tugasan. Kesemua ini adalah cebisan-cebisan yang anda akan gabungkan dan persembahkan lalu membentuk sebuah dokumentasi perjalanan anda dalam kerjaya anda.

Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: